Tuesday, April 5, 2011

YEYYYYY


Ramai mahu melihat Datuk Misbun Sidek kembali membimbing Lee Chong Wei bagi persiapan memenangi pingat emas pertama negara di Sukan Olimpik tahun depan. (gambar arkib).

KUALA LUMPUR, (D5) - Lee Chong Wei tidak terlalu bimbang dengan peranan baru yang bakal diberikan kepada Misbun Sidek oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM).Misbun menarik balik perletakan jawatannya tahun lepas dan bakal menandatangani kontrak baru bersama BAM tidak lama lagi.Namun terdapat sedikit kekeliruan mengenai peranan yang bakal dipegang oleh jurulatih tersebut dalam kontrak barunya itu.Chong Wei pula memberikan gambaran dia mampu meneruskan cabaran tanpa kelibat Misbun disisinya lagi."Bagi saya, kepulangan beliau satu berita baik. Tapi saya tidak tahu apa tugas barunya. Mungkin kembali sebagai jurulatih saya, mungkin di bahagian lain. Saya tidak tahu."Di sepanjang ketiadaannya, saya belajar untuk berdikari. Saya mula menanam keyakinan dan semakin selesa dengan persekitaran baru. Ia satu penglaman baru."Bagaimanapun, saya akan tetap menghargai sebarang nasihat yang diberikan Misbun, tak kira sama ada dia melatih saya ataupun tidak," ujar Chong Wei.Pemain berusia 28 tahun itu akan membiarkan BAM membuat kata putus mengenai masa depan Misbun bersama badan induk itu.

No comments: